Thursday, 31 May 2012

Random Friday


Assalammualaikum=)



Thank you because keep reading and visiting my blog:) Gonna update new entry soon! 


Tuesday, 15 May 2012

Social Network : Annoying and Cheaterss



Hello peeps and assalammualaikum..


Facebook? Twitter? Bende ni dah macam wajib pulak. Semua orang nak taknak kene lah ada.Takut dipanggil kolot. Alasan lain , social network ni boleh menambah kenalan. Pffttt-.- kalau kenalan yang baik-baik takpela jugak. Kalau kene orang yang macam pelesit macam mana? Yang kejenye cari mangsa nak menipu orang ataupun ANNOYING.  Sedangkan kawan boleh tipu kawan, lagi lah kalau kawan yang kau baru kenal kan? 

Dunia internet sekarang dah maju. Maaf. Bukan internet. Tapi orang sekarang. Dah boleh putar belit cerita, buat fake profile lah , guna gambar orang lain modal buat edit photoshop and etc. Kene hati-hati sekarang especially girls. Ye girls. Selalunya perempuan lah jadi mangsa. Digelar lemah,innocent,taktahu bende alah ape photoshop bagai tu dah jadi perkara biasa dah. Tapi taktau lah pulak kalau perempuan yang memang betul-betul celaka suka tipu orang. Yang tu memang layak digelar b*tch! (isi tempat kosong haha)




Ni aku bagi contoh facebookers yang annoying..

1. Update status jiwang sangat@minah bunga.




Translate status : Kita sayang sangat dengan hubby kita. Kita nak sehidup semati dengan dia. I love you Hubby!!!! (-_-)


Memang update status macam ni nak tunjuk satu dunia ke cinta agung korang? Motif? Malu la. Orang dah kahwin pun takde nak update status macam ni. Kalau ade pun,diorang dah kahwin. Memang takde orang nak mengutuk. Ni sampai sehidup semati la. Nak meninggal satu kubur same same ke? Think wise before you write ok.


2. Update status kalau boleh nak mencarut je.




Memang aku pelik orang macam ni. Boleh mati ke kalau sehari tak update status yang mencarut ni? Kemon lah. Status kalau takde s**t, f*c* and so on tu tak boleh ke? Paling banyak aku tengok yang tulis status ni budak budak melayu kita. Haih rosak rosak.


Facebook jugak tempat manusia menipu org..



Haaaa don't be fool with this kind of profile. Nampak macam profile perempuan kan? Tapi sebenarnye lelaki yang handle fb ni. And untuk lelaki lelaki yang dah add and terpedaya dgn fb macam ni, maka owner haruslah memulakan mission menipu dengan meminta topup dari sape sape yang die rase senang untuk ditipu. See? Ini kisah benar tahu. So,beware guys. 

Ini random things yang aku pernah nampak dengan mata sendiri or based from my friend's story. Tak mustahil sekarang dengan internet di hujung jari , org sanggup buat ape je. Sedangkan member boleh tipu member. Apa cerita? Itu bkan member. Tapi member...i kecelakaan! haha.




psstt : Gambar kat atas adalah sumber sepenuhnya dari GOOGLE:) Ini hanya pendapat aku. No offence ok.



Wednesday, 9 May 2012

MENGELUH TU SANGAT TAK BAGUS OKAY.



Hello readers and Assalammualaikum :')

Kadang kadang aku pelik tengok sesetengah perangai manusia yang tak reti nak bersyukur. Dalam kata lain kuat mengeluh. Ha'ah. Aku pon kadang kadang ade jugak mengeluh tapi lepas tu cepat cepat lah beristighfar. Astaghfirullahalazim.

Tahu tak mengeluh tu tak baik? Tahu tak Allah tak suke? Tahu tak??!


"Alaaa jeles lah tengok pakwe die hensem macam Edward Cullen ! Pakwe kite macam Johnny Depp je!" (LOLL)

"Wahhh besarnye rumah die ! Siap ade swimming pool lagi tu! Rumah aku ade kolam ikan je. Mencikk la camni !"

"Cantiknye muke artis tu. Flawless ! Kenapa lah muka aku tak macam die T_T haihh"


Ape lagi yang korang nak komen hah? Kalau aku nak tulis semua memang tak larat ah. Banyak sangat. Tapi bende ni dah biase jadi kat semua orang and tak terkecuali lah aku sendiri. Makin banyak kita mengeluh,makin banyak yang tak kene nanti. Trust me. 

Bersyukur lah bile.....



Rumah tak besar. Walaupun rumah besar macam ni, lampu liplaliplap, ade swimming pool bagai , korang rasa korang akan selamat ke duduk rumah camni? I tell you what , rumah rumah besar ni biasenye akan jadi aim untuk perompak perompak celaka tu nak merompak rumah tu. Dalam mind set perompak , "The bigger the house, the bigger the money". Tak percaya? Sukahati. Aku ambil dari pengalaman-pengalaman rumah rumah yang pernah dirompak. 



tolong lah takde kene mengena dgn gambar ni haha

Muka tak berapa nak cantik. Ok aku tau perempuan perempuan ni semua nak muka cantik,meletop, tegang tu kalau boleh nak yang lagi tegang dari kau tegangkan katil sendiri haha. Tapi korang tau ke perasaan orang yang jadi cantik ni? Korang tau berapa kali die kene usik dengan budak budak jalanan@budak budak rempit lah contohnye. Berapa kali die kene 'phewitttt' satu hari? Berapa kali die kene touch up balik muka die kalau ade kotor ke supaya muka die tu jadi cantik forever ? 



Pakai handphone buruk je. Tak mati pun kalau tak pakai IPHONE. Tak mati pun tak pakai BLACKBERRY. Tak mati jugak kalau tak pakai IPAD/SAMSUNG GALAXY TAB/GALAXY NOTE. Sebenarnye takde yang salah pun kalau pakai bende canggih semua ni, asal kau sedar kau mampu tak nak pakai menatang ni semua. Orang kate , "ukur baju di badan sendiri". Bukan nak cakap ape lah but ade some people yang aku perasan sanggup gadaikan maruah sebab nak bergaya. WTF man. 


Aku ade terjumpa satu ayat ni...


"I cried because I had NO shoes , 
then I met a man who had NO feet"

Jangan segan silu nak cakap ALHAMDULLILAH..

Keep reading my blog guys :) Thank you !

Tuesday, 8 May 2012

BEATS BY DR.DRE GIVEAWAY =)



Assalammualaikum =')

Saya nak beats by dr.dre ini ! Saya mahu ini sangat sangat ! Saya suka beats by dr.dre ! Saya nak pakai beats dr.dre ini ! Oh terujanya ! Hati berdebar-debar(over) ! Saya nak makan terajang ! Ok taknak. Ye ye ye aku nak join giveaway ini. Manelah tau tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia nampak kat beats dr.dre ni hikhik .Tak sia sia korang datang blog aku . Dapat jugak belajar peribahasa moden kann LOL.




Bye bye ! :)