Tuesday, 5 June 2012

'BEEF STEAK' dengan 'BISTIK' sama ke?


Assalammualaikum..(kum kum kum) Siapa pernah tengok hantu kum kum mesti tahu hikhik. Intro haruslah ada unsur seram barulah kene dengan jiwa aku! Yelah aku kan suka cerita hantu melayu seram , perli ilyas. Ces=.=


Sebelum tulis entry wajib lah ade gambar bercamwhore dalam kereta haha. Aku pun tak tau lah apasal takde tempat lain nak amek gambar sebab aku rasa dalam kereta je yang orang tak nampak sangat. Biasa lah I ni pemalu youu kikikiki. Oh ya cube tengok colour lipstick aku tu? Cantik tak? ehehe. Itu bukan hasil dari satu lipstick je ye. Tapi dua! Nanti lah lain entry aku buat how to get that nude pink colour macam tu. Tu pun kalau ade orang nak tau lah. 

And one thing abaikan muka penuh jerawat tu ye(-_-) Memang seriously aku tension gila sebab jerawat banyak gila naik kat muka aku lately. Kalau seketul dua je naik gua tak heran bai, tapi berketul ketul naik tahu?? Kalah si kosong dalam lawak kampus tu tau haha. Ok taknak jadi macam tu. 

Semalam gue berpeleseran bersama bonda tersayang hihihi. Tak tak, tak pergi shopping pun. Niat sebenar bonda menyuruh aku pergi deposit duit kat Maybank. Kononnya nak beli susu slim diet ape entah mak aku ni. Tak habis habis agenda diet dia tu haha. Tapi tiba-tiba aku rasa macam nak terberak kat situ. Eh tak tak haha. Aku rase nak cabut mesin atm tu pastu nak lempar sekuat hati seolah-olah kau lah manusia paling kuat kat situ-.- Memang tak boleh belah lah sampai berpuluh kali aku masukkan duit dan berpuluh kali juga mesin tu tolak duit tu T_T.

Cehh rupanya akaun orang tu yang buat masalah. Memang membazir sampai berpeluh peluh ingatkan duit tu duit palsu ke. Boleh?? haha. Keluar memang tak sah kalau tak pergi makan hehe. Yeayy! I love fooood! Mari lihat gambar gambar sambil menari tango ewahhh .



sangat sedap apabila tekak anda tengah kering kemudian dapat pulak watermelon juice yang enak! Plus free pulak tu sebab mama belanja lololol



bonda juga tidak ketinggalan mahu mengambil gambar! Jus tembikai yang diminum itu hanya propa ye sebab mama tengah diet act haha


nampak macam sedap kan? nampak je tapi rasa die so-so lah. Tapi yang watermelon juice tu memang sedap!:)


want some? hewhew

Disebabkan jerawat yang banyak kat muka aku ni then aku pun singgah la kat guardian and beli Oxy 5. Untuk pengetahuan korang, aku tak pernah pakai Oxy 5.Tapi sejak aku baca belog yang banyak review pasal kebaikan Oxy 5 ni makanya aku pun beli lah dengan tujuan supaya jerawat tu tak membengkak sampai sebatu dah boleh nampak benjolan jerawat tu (=.=') Sadis.

Aku lupe pulak nak cerita yang mase aku nak order makanan ni. Mak aku kan diet pastu tak makan ah nasi nasi mi bagai ni. Dengan nada sedikit berlagak, "Ok saya nak order beef steak ye" kata bonda. Aku pulak order nasi goreng ayam je haha. Tengah tengah excited nak tunggu makanan sampai kengkonon nak tengok ah sikit rupe BEEF STEAK kat restoran tu cmne. Paling paling boleh cilok sikit mak aku punye hikhik. (niat tak baik)

Sekali die hantar makanan tu ade nasi goreng ayam pastu tibe tibe ade telur goreng letak kuah ape entah kat atas tu. Mak aku pun dah pelik takkan la beef steak ni telur pulak? Nama pun dah 'beef' kan?? Dengan rasa tak puas hatinye mak aku pun panggil lah waiter kedai tu dan berlaku lah conversation :


Bonda : Ni ape ek?(sambil tunjuk kat telur tu) Satu set dengan nasi goreng ayam ni ke?

Waiter : Eh tak tak. Ni telur lah kak. (-_-)

Bonda : Ye saya tau lah ni telur tapi saya order 'BEEF STEAK' bukan nye telur-.-

Waiter : Ohhh ni telur BISTIK kak. BEEF STEAK takde. Sorry sorry ye.

Bonda : @#$%^&*/


Moral : Kalau jadi waiter tu sila lah korek telinga dulu sebelum kerja untuk mengelakkan kejadian sebegini berlaku lagi di kemudian hari. Terima kasih(-_-)

6 comments:

  1. hahaha boleh pulak dia kasi telur

    ReplyDelete
  2. HAHA! Ya Allah. Punyalah tunggu beef steak, jadi bistik lol. Btw, you look pwetty! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah kan? mau nak kene maki je:p Lol. Btw thank you!:) You're pretty too! hehe

      Delete
  3. salah order rupanya...kesian..bonda nak makan beef steak x dapat...

    ReplyDelete

Drop some comment guys:)