Saturday, 5 May 2012

ANTARA NYAWA DAN KORIDOR



Sebenarnye masa tulis entry ni kepala otak tengah dok berpusing macam helikoptah pikir tajuk ape nak tulis. So slow yeahh ! Fine -.-

Dinasihatkan : 


ibu ibu bapak bapak yang sedang mengandung anak kembar spoloh
tidak membaca entry ini ! Takut terus terberanak nanti,kang susah dahh sebab saya bakal engineer bukan doktor ye. (Takde kene mengena peah oi)

manusia manusia yang mengidap penyakit darah rendah, kencing masam mahupun berak tak keluar darah kerana ditakuti bila baca entry ni terus keluar darah beraknyaa kang iteww taktau ! Ayokk hihi

mereka mereka yang bernama cik anon, cik jenab kaki ngumpat , cik senah berjiwa PHD yang kejenye taktau masak tapi kutuk orang haruslah di ranking pertama hamboii kauu !


Eh ehh intro je dah buat orang nak lempar laptop sejauh 3469845000000 batu. Annoying tau. Tu belum kira lagi yang tengah mentekedarah tak hengat dunie, jogging 18 batu, skipping tak henti henti 7 hari 7 malam sebab membazir masa diorang , maunye di maki maki blog aku ni. Huh sadis. 

Ok lah macam ni cerita dongengnye. Bende ni act dah lama sangat jadi. Dalam setahun lebih jugak tapi baru nak cerita kan? Boooo ! Kau memang basi yana. Basi. Cukup. Ok sambung balik , ehh macam ni sampai tahun duaribupatblas pun tak habis story lagi-.- hekhek. 

Dulu masa aku belajar asasi dekat UiTM Puncak Alam kan , alahh yang orang panggil batu caves tu. Tangga die nauzubillah , aku rase monyet yang dah selalu gayut gayut sejauh 16 kilometer pun tak larat nak naik tangga kat situ hahah memang banyak wa cakap lu. Ini bukan omong sama tangan tahu ? Tapi malangnye bukan ini yang aku nak cerite hihi. 

Kejadian dianggarkan berlaku dalam pukul 3 pagi macamtu ( tak ingat sangat lah). Mula mula dalam pukul 12 macamtu , aku pergi bilik kawan sebab nak siapkan report. Bilik aku tingkat 3 , kawan aku pulak tingkat 4. So nak ke bilik die tu naik lah lif. Tapi sumpah memang macam macam perasaan masa tu. Serious dengan takut, seriau, seram. Bayangkan lah naik lif sorang sorang je ? Pukul 12 pulak tu . Tu belum campur perasaan tergesa gesa sebab lab report tak siap lagi esok nak kene hantar pulak * kantoi buat keje last minute hikhik

Ni kire dah sampai bilik kawan semua dah siap lab report bagai then of course lah nak balik ke bilik and mengkrohhhh kat katil tercinte. Tapi ! Bukan sesenang umpama kau buat sambal belacan tahu ? Sampai sampai kat depan pintu rumah. Bilik kitorang ni macam rumah. Korang jumpe pintu besar dulu baru jumpe ade 4 bilik semua. Ni dah ready nak buka pintu ni tibe tibe , kletakkk ! Alamak mampus aku kunci pulakkk dahh. Aku rase mase tu semua orang dah zzzzz (tido) bermacam gaya termasuk lah gaya kepak ayam tapi aku ni macam orang gilaa dok mengetuk je pintu rumah tu sampai nak pecah rase hahahaha. Tapi..... harapan hanya tinggal harapan. Kek yang hangus dah takboleh nak masuk oven jadik cantik balik. 

Aku dengan terpinga pinga depan pintu macam pengemis jalanan sambil bawak lab report dengan harapan boleh jual lab report ni. Pastu dapat duit boleh beli kunci pendua pastu boleh masuk bilik yeayy ! Haha kalau dalam spongebob squarepants boleh la macam tu-.- Aku pun penat la pikir macam mana aku nak masuk bilik ni. Dah separuh akal aku baru teringat henpon aku! Ehh punyela bangang memikir dari tadi. Ape yang susah , call roommate aku pastu suruh la die bukak pintu kan ?

Tapi aku dah cakap dah , ni bukan cerita kartun yang kau boleh ubah ubah scene/skrip sesuka hati. Memang dugaan betul , bateri phone aku mati =.= Mau nye aku caci maki phone aku tu nasib lah aku tak campak je longkang. Aku dah terpikir dah mase tu yang ahh memang aku kene tido luar la jawabnye ni. Then, datang lah tibe tibe idea bodoh aku. 

Before nak masuk bilik tu, ade macam koridor kecik pastu ade tingkap yang sliding tu. Kalau kau berani terer macam spiderman memang boleh lah kau panjat sambil buat muka bangga. Bangga tak bangga , memang aku rase aku dilahirkan ade ciri ciri catwoman lah. Betul betul gua panjat koridor tu tau! Silap langkah je,memang boleh jatuh aku kat situ tau . Meh aku tunjuk gambar bagi real sikit , 



macam ni lah lebih kurang jarak koridor nak ke tingkap tu. Aku pun taktau lah mase macam mana aku boleh elastickan kaki aku biar panjang sampai boleh cecah ke tingkap tu. Fikir sepuluh kali ahamdullilah tuhan panjangkan nyawa aku..



ni rupe kalau jatuh dari tingkat tiga ni mau mati katak je camni. Alhamdullilah sekali lagi..



Lepastu aku dapat masuk bilik dengan selamatnya ! Terlompat lompat aku macam orang gile sebab happy sangat dapat jadi catwoman sekejap heh. Lepastu jugak baru rommate aku datang kononye nak sambut aku. Ehh macam tau tau je aku dapat masuk mase tu hahah .

Moral of the story : Jadilah catwoman untuk negara ! hekhek  Nah sekeping gambar mintak penampar untuk korang !



walaupun nyawa hampir nak terbang senyum tetap tahu ! hehe


11 comments:

  1. What a Catwoman :D
    Your blog header is awesome :)

    http://annisamulia.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. I know right?:) Thank you annisa:)

      Delete
    2. You're welcome :)

      I am inviting you to come into my blog, dear :D

      Delete
  2. Huyyoh! Memang Catwoman!!
    Lain kali toksah la buat lagi ok?
    bawak ler kunci... tak pun buat kunci spare sorok kat bawah pasu yg berdekatan...
    huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Nak buat macam mane. Bende nak jadi:p

      Delete
  3. Replies
    1. Haha. Yeahh,I know:) Nak buat macam mane hihi

      Delete
  4. kawan kite yg asasi dekat puncak alam pernah bercerita hal tangga tuuu . haha . nasib tempat kite tkde tangga gini .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaha. Betul lah. Tangga gila banyakkk:p

      Delete
  5. my bf pun pernah buat macam tu -,- sebab dia lupa bawak kunci, i tak tahan nak tumpang toilet , mak dia takde rumah -.- dia main lompat je. i taktahu macam mana dia yang kurang inci boleh memanjangkan kaki . -,- ahh lantak janji i lepas hajat. hahhaah. ohh tngkat 3 jugak =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaha. Condition dah too desperate. What can i do:p

      Delete

Drop some comment guys:)