Tuesday, 27 December 2011

Recipe: Chocolate Moist Cake:')



Assalammualaikum=)




Baru lepas baca latest entry from Hamis Jalikha (opsss typo haha) HANIS ZALIKHA blog. Pasal minyak.Ye.Makanan berminyak haha. Silalah baca. Sangat kelakar dan memberi impakkk seolah-olah kene tembak berpuluh das. Dah lame jugak buat kek cekelat ni tapi baru nak update-_- Semoga cerita ini tak basi. Mari bergoyang sambil buat kek cekelat yang sedap ewahhhh! 


Ingredients (bahan bahan) :

2 cawan tepung gandum
2 camca teh baking powder
1/2 camca teh baking soda
3/4 cawan minyak masak
1 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko( brand VAN HOUTEN) 
3 biji telur
sedikit esen vanilla
1 cawan air suam

Ingredients for topping/hiasan:

1/2 bar cooking coklat
2 camca besar butter
1/2 camca besar gula halus
esen vanila


Cara buat :

1. Ayak tepung gandum,serbuk koko,baking powder and baking soda. Ketepikan. Panaskan pengukus.

2. Pukul telur sampai kembang + gula. Then,pukul lagi sampai kembang dan gula hancur.

3. Masukkan tepung sikit sikit with air suam. Pastu kacau dengan senduk sambil tambah esen vanila,susu pekat dan minyak masak.

4. Kacau sebati dengan menggunakan kaedah kaup balik.

5. Alaskan acuan dengan baking sheet,curahkan adunan dalam acuan dan tutup permukaan dengan aluminium foil. Kukus selama 1 or 1 1/2 jam. Sejukkan and siap!


Untuk bahagian topping :

Masukkan semua bahan2 untuk topping and guna kaedah double boiler. Pastu kacau sampai semua jadi cair and ready untuk dituang atas kek yang dah siap tadi! Kalau nak cantik boleh tabur chocolate rice mcm aku buat tu or badam ke or ape ape la:) Yang penting sedap haha.


Selamat mencuba! :)




Cube klik.Tengok keluar apa nanti?
 

4 comments:

Drop some comment guys:)